PEJABAT DAERAH TAMBUNAN

Pejabat Daerah Tambunan, Peti Surat 25, 89657 Tambunan, Sabah, Malaysia.

Latar Belakang

Pada tahun 1946 daerah Tambunan hanya mempunyai sebuah pejabat yang diketuai oleh Ketua Kerani dan terletak dibawah pentadbiran Pejabat Daerah keningau. Pada masa itu pejabat pentadbiran di Tambunan hanya dilawati oleh Pegawai Daerah Keningau sebulan sekali. Daerah Tambunan telah dinaiktaraf kepada Pentadbiran Pejabat Daerah pada tahun 1948 iaitu tiga (3) tahun selepas perang dunia Kedua. Pegawai Daerah yang pertama yang ditempatkan di Pejabat Daerah Tambunan ialah OKK Tambakau.
Pada tahun 1948 juga, Pejabat daerah Tambunan menggunakan bangunan yang diperbuat daripada bambu sebagai bangunan pentadbiran. Hanya pada tahun 1949, urus setia pejabat Daerah berpindah ke bangunan baru (Bangunan tersebut kini digunakan oleh Jabatan Tanah dan Ukur). Pejabat daerah telah mengalami arus pembangunan dengan mendapat bangunan Urus Setia pada tahun 1978 iaitu bangunan yang digunakan pada masa sekarang.

Senarai Pegawai Daerah yang pernah bertugas di Pejabat Daerah Tambunan adalah seperti dalam Lampiran I. Sejarah asal usul kewujudan Daerah Tambunan adalah seperti dalam Lampiran II. Pentadbiran Pejabat Daerah hari ini masih merangkumi fungsi-fungsi asas yang dilaksanakan di bawah pentadbiran British, bagaimanapun terdapat beberapa perubahan utama dari segi tekanan, objektif dan liputan
pentadbiran daerah pada hari ini. Penekanan diberi terhadap pembangunan, manakala objektif ialah untuk peningkatan taraf hidup, pembasmian kemiskinan dan penyususnan semula masyarakat untuk mempastikan kekayaan negeri dan sumber-sumber hasil dibahagikan sama rata dan secara adil kepada rakyat.